Tuesday, April 24, 2012

Mulakan

Sejak semalam,aku mulakan hidup yang baru,
Kerja yang baru,cita2 yang baru,matlamat yang baru.
Segalanya baru.
Aku harap
dapat jalani segalanya yang dihadapan
dengan tabah.
Walaupun pahit.
Akan aku tempuh jugak.
Wapaupun susah.
Aku yakin pasti ada senangnya.
Berusahalah!

Tuesday, April 17, 2012

Tak cukup lagi??

....SAMBUNGAN

Tak cukup lagi apa kau dah buat???
Apa lagi yang kau nak??
Kelmarin kau call aku...
Aku tak jawab..
Banyak kali kau call..
Aku tak jawap satu pun call kau..
Kau hantar mesej pulak..
Pun aku tak reply..
Aku besabar dan bersabar..
Sehingga kau hantar satu mesej..
mengatakan apa perlu kau lakukan??
Dan kau tanya adakah aku mahu kau tidak dengan mana2 perempuan?
Tak sangka betul kau cakap macam tu dekat aku?
Memang aku bersabar..
Tapi akhirnya aku menitiskan jugak air mata aku..
Disebabkan kata-kata kau itu..
Dan kau boleh cakap yang aku seksa kau?!
Aku betul-betul tak sangka..
Siapa yang seksa siapa?!
Aku atau kau?!!!
Kenapa kau buat aku macam ni??!
Tak cukup lagi kau lukakan hati aku??

BERSAMBUNG....

Thursday, April 12, 2012

Tak

정말 없습니다. 전 못해요.

MAAF??

....SAMBUNGAN

Hari ni tepat pukul 10.43 pm,12/04 2012..
Kau call aku...
Pada panggilan pertama dan kedua aku tak jawap..
Tertanya-tanya kenapa kau call aku..
Apa lagi yang kau nak..
Tapi akhirnya..
Pada panggilan terakhir aku menjawap..
Menjawap dengan rasa marah..
Kau memberi salam..
Aku menjawap salam..
Kau memanggil aku..
Aku hanya menjawap apa..
Tiba-tiba kau meminta..
Tolong maafkan diri kau..
Atas apa yang berlaku..
Dari hujung rambut sampai hujung kaki..
Aku terkedu dan terdiam..
Kau betanya kembali..
Adakah aku boleh memaafkan kau..
Aku terdiam lagi..
Kau berkata lagi..
Yang kau tak tenteram kalau aku tak maafkan kau..
Kau merayu pada aku...
Aku hanya berdiam diri pada masa yang agak lama
Akhirnya aku berkata..
Aku tak mampu nak maafkan kau..
Aku memang rasa..
Aku memang tak boleh nak maafkan kau..

BERSAMBUNG...

Wednesday, April 11, 2012

Kau tipu aku..

....SAMBUNGAN

Kau cakap dengan aku...
Kau tak nak berpasangan..
Kau tak akan berpasangan..
Sebab kau tak percaya akan hubungan..
Kau pernah suruh aku tunggu kau..
Sehingga keadaan kua stabil..
Aku tertanya2 untuk apa..
Aku fikir..
Mungkin kau ingin cuba terima aku..
Dan aku percaya bahawa kau tak akan berpasangan..
Tapi akhirnya..
Kau sudah ada hubungan dengan dia yang tak aku kenal..
Kenapa dan bagaimana boleh terjadi??
Setiap kata-kata kau memang tak benar ke?
Selama ni kau tipu aku ke?
Kau sekadar berkata-kata..
Tanpa pernah maksudkan nye ke??
Kau memang tipu aku..
Kau penipu..

BERSAMBUNG....

Tapi kenapa??

...SAMBUNGAN

Tapi kau mengaku pada aku..
Yang kau memang suka pada aku..
Tapi kau tak boleh memilih aku..
Tapi kenapa kau yang cakap begitu??
Sedangkan kau yang mulakan dulu..
Kau yang memberi harapan pada aku..
Dan kau mengaku...
Yang kau tak boleh kalau tidak hubungi aku..
Kerana pada aku saja kau cerita segala-galanya
Dan berharap agar kau dan aku menjadi BFF..
Tapi bukan sebagai GF & BF..
Kecewanya hati aku sampai tak tahu bagaimana nak cerita..
Apa saja lah yang ada dalam hati aku??
Semuanya sudah hancur
Kau meminta maaf dan meminta..
Agar aku lepaskan kau..
Bukankah sepatutnya aku yang berkata begitu??

BERSAMBUNG....

Tak nak lukai aku??

...SAMBUNGAN

Aku bertanya pada kau..
Dan kau mengaku...
Sudah mempunyai hubungan dengan perempuan itu..
Kau mengatakan kita tak boleh bersama..
Kerana kau takut kau akan melukai hati aku..
Kau takut hati kau juga akan terluka..
Dan kau bukan terbaik untuk aku....

BERSAMBUNG....

Luahan..

.....SAMBUNGAN

Hari ini kau hubungi aku..
Aku bercerita tentang apa yang aku rasa..
Segala rasa dan fikiran...
Tapi kau masih tak mengerti...
Malah bertanya kembali pada aku..
Kenapa dan bila??
Bagaimana dan mengapa??
Aku kecewa..
Tersangat kecewa...
Malah cara kau berkata-kata..
Seperti semuanya salah aku...
Dan mengatakan yang kau akan menukar nombor..
Kalau aku merasa kau seperti menganggu..

BERSAMBUNG....

Jahat dan baik??

....SAMBUNGAN

Kau memberi nasihat pada aku..
Supaya jangan pernah menyukai kau..
Kerana kau bukan seorang yang baik..
Kau seorang yang jahat...
Manakala aku pulak baik..
Kau tak sesuai untuk aku..
Tapi tertanya-tanya aku...
Kenapa kau masih menghampiri aku..
Walaupun kau merasa begitu..
Kenapa kau memberi harapan pada aku??
Kalau kau sedar semuanya???
Kenapa??
Bukan bermaksud aku mengakui aku seorang yang baik..
Aku pun manusia biasa...
Sering melalukan kesilapan...

BERSAMBUNG....

Ingin...

...SAMBUNGAN

Aku ingin bertahan..
Ingin melupakan..
Ingin mengubah...
Ingin membenci..
Ingin bersabar..
Tapi...
Semakin aku mencuba...
Semakin kuat perasaan aku...

BERSAMBUNG...

Kecewanya hati...

....SAMBUNGAN

Agak lama kau tak hubungi aku...
Akhirnya kau hubungi aku...
Aku masih lagi cuba untuk tidak menjawapnya..
Tapi mungkin aku mula rindukan kau..
Dan aku pun menjawap..
Kau bercerita panjang..
Tapi aku hanya mendengar dengan nada yang marah..
Kau bertanya kenapa...
Aku sekadar menjawap tiada apa-apa...
Tiba-tiba bercerita..
Bahawa ada seorang perempuan yang datang dalam hidup kau..
Kau mengatakan dia menyukai kau..
Aku tak tahu kenapa..
Tapi hati aku rasa seperti dicucuk..
Airmata hampir mengalir..
Tapi aku tahan kerana hendak menjaga airmuka aku...

BERSAMBUNG.....

Mencuba..

...SAMBUNGAN

Aku sedang mencuba..
Mencuba untuk tidak menghubungi kau..
Mencuba untuk tidak mengingati kau..
Setelah semuanya berlaku..
Walaupun kau yang hubungi aku dulu..
Tapi aku cuba untuk tidak menjawapnya..
Dan aku mencuba untuk membenci kau...

BERSAMBUNG.....

Kau cuma mainkan aku ke?

.....SAMBUNGAN

Selama kita berhubung ini..
Adakah cuma mengisi masa lapang sahaja??
Adakah cuma untuk mengisi kekosong ruang yang ada??
Adakah tingkah laku itu cuma sekadar saja-saja??
Adakah kata-kata itu cuma sekadar gurauan semata-mata??
Adakah cuma ingin membalas dendam??
Adakah kau selama ini cuma mempermainkan aku??
Kenapa mesti aku??

BERSAMBUNG....

Kau memang dah berubah...

...SAMBUNGAN

Kau semakin kurang hubungi aku..
Kalau hubungi pun..
Sekadar tentang kerja atau selain dari kita...
Cara layanan kau pun sudah mulai berubah...
Tak seperti dulu..
Aku dapat rasakan..
Kau memang sudah berubah...

BERSAMBUNG....

Kau trauma?

....SAMBUNGAN

Kau cakap pada aku..
Yang kau trauma akan berpasangan..
Kau rasa kecewa pada hubungan yang lalu..
Kau rasa takut akan sesuatu hubungan..
Kau rasa tak selesa akan pandangan orang..
Kau takut orang akan mempersoalkan hubungan kita..
Jika kita mempunyai hubungan...
Dan kau takut..
Jika hubungan kita tak menjadi..
Adakah kita masih lagi boleh berkawan??

BERSAMBUNG.....

Apa maksud kau?

.....SAMBUNGAN


Ingatan aku mungkin bercelaru..
Adakah aku yang hubungi kau..
Atau engkau yang hubungi aku dulu..
Kita bercerita..
aku ada interview pada hari itu..
Dan tiba-tiba kau bertanya...
Masa berjalan kesana..
Ada ke sesiapa yang menegur aku..
Dan sejujurnya aku menjawap...tidak...
Kau berkata bahawa nanti mesti ada yang menegur...
Dan kau menambah untuk menyuruh aku mencari lelaki..
Apa maksud kau dengan berkata begitu??

BERSAMBUNG....

Kau dah berubah ke?

.....SAMBUNGAN


Kau dah dapat kerja..
Aku gembira sangat..
Tapi aku yang berhenti kerja..
Aku doakan kau dapat buat kerja dengan baik..
Tapi kita dah tak berhubung seperti dulu...
Mungkin ke kau sibuk bekerja?..
Ye aku faham..
Atau kau yang dah berubah??

BERSAMBUNG.....

Tanda tanya...

.....SAMBUNGAN


Semakin lama,semakin berlainan perasaan aku pada kau..
Mungkin aku sudah mempunyai perasaan terhadap kau...
Dalam fikiran entah kemana..
Aku bertanya pada  kau..
Apakah kita ni sebenarnya??
Dan engkau dengan laju menjawap..
KAWAN...
Aku terkejut,terkedu di situ...
Itu jawapan kau..
Sedangkan ketika itu..
Kita seperti sepasang kekasih..

BERSAMBUNG.....

Aku ke yang harus mulakan?

...SAMBUNGAN


Apa yang patut aku jawap?
Perlu ke aku jawap..
Ye3,kita ada apa-apa...
Mungkin aku tak berani,malu,atau apa....
Hingga aku menjawap entah...
Kau pun cuma mendiamkan diri...
Aku pun sekadar senyum terukir dibibir...

BERSAMBUNG......

Kita ni apa??

.....SAMBUNGAN


Kau dan aku makin rapat...
Kita keluar pada satu hari..
Tiba-tiba kau suruh aku tunjukkan tangan aku..
Dan aku pun menunjukkan..
Tiba-tiba kau pegang tangan aku..
Aku agak terkejut..
Tapi aku buat seperti tiada apa-apa yang berlaku..
Tapi engkau yang malu-malu..
Selepas itu kita menonton wayang..
Ketika tengok wayang..
Sekali lagi kau cuba pegang tangan aku..
Dan aku pun pegang erat tangan kau...
Esoknya kau bertanya..
Kita ni apa??

BERSAMBUNG....

Text,Call,Jalan-jalan

......SAMBUNGAN

Hampir setiap hari kau dan aku berhubung..
Jika tidak call,pasti akan mesej..
Jika bukan kedua-duanya..
Kita akan berjumpa..
Sering bercerita tentang diri dan masalah masing2...
Aku ada kisah sedih,Kau pun ada kisah sedih..
Aku ada kisah gembira.Kau pun ada kisah gembira...
Saling bertukar cerita..
Setiap kali kau dan aku keluar bersama...
Pasti kita akan menonton wayang..
Walaupun cerita yang ada tak sesedap mana pun..
Lepas tengok wayang,kita akan jalan-jalan..

BERSAMBUNG....

Apa yang aku rasa ni?

.......SAMBUNGAN

Memang engkau dan aku makin rapat..
Aku amat akuinya..
Hari berganti hari..
Aku dapat rasakan perasaan aku lain..
Kenapa??
Dan apa yang aku rasakan ni??
Engkau seperti telah menjadi orang yang penting dalam hidup aku..
mungkin ke hati aku sudah terbuka untuk kau??
mungkin ke betul dengan apa yang aku rasa??

BERSAMBUNG.....

Betul ke??

......SAMBUNGAN

Kau cakap kau suka aku??
Betul ke??
Tapi kita kan kawan..
Aku anggap kau sebagai kawan aku..
Tapi kau sendiri cakap yang kau sedang keliru..
Kau ambil keputusan untuk menggendahkan perasaan itu..
Dan aku pun mengiakan..
Kerana ianya mengejutkan aku sendiri...

BERSAMBUNG.....

Rapat??

........SAMBUNGAN

Hari makin hari engkau dan aku makin rapat..
Aku text kau,Kau text aku...
Kau call aku,aku call kau...
Bercerita dan bercerita..
Sehingga lupa masa berlalu..
Setiap minggu kita akan keluar 1 hari..
Walaupun tak ada aktiviti yang kita buat..
Asalkan kita berjumpa..

Tapi itu semua 6 bulan yang lalu.


BERSAMBUNG......

Apa itu BFF??

Aku tertanya2 apa itu BFF.Best Friend Forever??Wujud ke?


bersambung.......

Thursday, March 1, 2012

Inteview

Assalamualaikum....

Hari ini aku ada interview dekat-dekat dengan rumah.Tak ada lah dekat sangat.Kalau jalan kaki basah lencut jugak lah kan.Hehehe.Okaylah.Aku ada verita before this yang aku ada tanya my sister kalau-kalau kat tempat kerja dia ada kosong.Then hari tu dia ada bagi borang kat aku.Then apa lagi apply je lah kan.As long as kerja.Tapi kerja yang biasa-biasa je lah.Receptionist je.So semalam aku dapat call from them for interview today. Suppose pukul 3.30,tapi aku lambat dalam 5 minit so kena tunggu kejap sebab ada orang tengah interview for same position.Dia pun datang awal dari aku kan,so dia dulu lah interview.Walaupun untuk Receptionist,tapi nervous jugak lah.

So tunggu punya tunggu sampai lah turn aku.Oh!lupa pulak.before that aku nak story sikit.Parent i yang hantar i hari ni kat tempat interview tu.Sebab i TAK ADA LESEN!Hehehe.Kalau aku ada lesen,tak payah aku suruh dorang hantar.Malas nak susahkan.Anyway bukan tu aku nak story.Masa aku tunggu kat dalam for inteview,kakak aku datang pulak suruh parent aku masuk dalam daripada tunggu kat dalam kereta kan.You know what,masuk-masuk je,dia suruh aku kalau jalan tu biar lah senonoh sikit."Kau kalau jalan tu tu cuba lah elok-elok sikit",kakak aku cakap."Kenapa?",aku tanya balik."Kau jalan dah macam gergasi dah",kakak aku balas.HAHAHA.Kelakar gilerr.Macam gergasi dia cakap!Maybe aku nak cepat kot tadi.So aku tak perasan aku terjalan macam tu.Lagipun aku ni kasar sikit.Hehehe.

Habis cerita tadi.Aku nak sambung balik pasal interview tadi.Soalan yang dia tanya kat aku."Jarang orang guna nama ni.Apa maknanya?".Agak segan sikit aku nak jawap,sebab macam membangga diri pulak.Nak tak nak aku jawap je lah "Ermm,yang cantik dan kesayangan.hehe".Agak lah kan bunyanye macam perasan sikit.Malu pulak.Masa interview tu,dia tanya lah macam-macam.Tanya tu,tanya ni.Then tiba-tiba dia tanya aku kalau-kalau aku berminat untuk jawatan lain pulak.Tapi permanent as Assistant Lab.Yang aku nak tu contract 3 month tapi kalau performance aku okay,dorang akan serap permanent.So aku sekarang tengah dilema ni.Nak yang mana satu.Kalau yang assistant tu,aku takut aku ada ala.Tambahan pulak aku ada sakit asthma.Kalau reception ni gaji dia kurang sikit lah.Tapi aku tak kisah pun skit ke banyak.Janji aku ada pendapatan.Ermmm...yang mana satu ye?Aku pun tak sure lah.Sekarang ni aku rasa the best way ialah tunggu  mana yang datang dulu.Kira first come first serve lah.Dan serahkan semuanya pada Allah S.W.T. So kita tunggu lah sama-sama ye.Mana yang terbaik untuk aku.

Okay lah,sampai sini je lah aku punya story.later-later aku update lagi ye.
Terima Kasih kerana sudi membaca.

Bye,
Yana.
Have a nice day.
1/03/2012,0 Rabiul Akhir 1433.


Saturday, February 25, 2012

Konsert Abadi Sudirman Hj Arshad

Assalamualaikum....

Semalam hari Jumaat.Banyak gile rancangan yang siaran langsung.Sampai aku lupa nak update blog aku ni.Hehehe.Dalam banyak-banyak rancangan tu,aku pilih Konsert Abadi Sudirman Arshad yang disiarkan oleh RTM 1.
Konsert ni memang bagus sebab ia mengingatkan kembali lagu-lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham dari tahun 70-an hingga lah 90-an.Malah menampilkan ramai artis-artis tanah air untuk memeriahkan lagi konsert tersebut.Seriuslly banyak lagu Allahyarham yang aku suka.Dari yang rancak mahupun slow melody.

Salah satu yang aku suka ialah Ding Ding Gale.Walaupun lirik lagu ni agak merapuk,tapi ianya berunsurkan komedi dan Yes!,it's funny.I really like it!heeee..>_<

Enjoy!!>_<

Sudirman memang dikenali sebagai seorang yang sangat creative.Sebagai bukti video clip Ding Ding gale ni.Tiada siapa pun yang pernah terlintas nak buat begini pada waktu tersebut.

Lagu slow melody Sudirman yang aku suka memang banyak.Seriuslly!Aku sendiri pun tak sure lagu yang mana No.1 dalam hati aku.Tak terfikir!Tapi lagu yang aku nak kongsi dengan you guys semua ialah lagu Dalan Sepi Itu.Lagu ni memang best.Dengan lirik yang sedih dan alunan lagu yang slow diserta sekali dengan suaru Sudirman yang merdu.Memang menjadikan lagu ini antara salah satu lagu yang aku paling suka.

Kalau korang ingin tahu lagi pasal Allahyarham,korang boleh je pergi ke link ni.Klik Here


Bye,
Yana.
25 Febuari 2012,3 R.Akhir 1433.

Thursday, February 23, 2012

JOB

Salam semua.What's up?Hopefully you guys semua sihat-sihat belaka.Hari ini hari Khamis.So apa yang specialnye?Tak ada apa yang special sangat pun.Boring macam biasa.Hari ini Mak dengan Abah keluar pagi tadi.Tak ada lah pagi sangat kan.Tapi punya lah lama dorang keluar.Aku dah macam apa je duduk rumah sorang2.Tak tentu arah jugak.Activiti aku?Main game je kat PC ni ha!Game apa?Game Solitaire je.Geram betul tak dapat pecah rekod!Tapi SERIUS BORING jugak kot lama2 main game tu.Aku hanya ada desire nak pecahkan rekod je,kalau tak tak ada maknanya aku nak main(Tapi main jugak.Hehe).And 1 more thing is i'm REALLY boring today!!

Agaknmya korang mesti tengah pikir "Budak ni tak kerja ke duduk rumah?".Well,guess what?You guys betul.I tak kerja.HAHAHA.Remember aku ada cakap before this yang kehidupan aku kebelakangan ni tak menarik?Tapi aku tak story pun kan kenapa.Itu lah sebabnye.Because i'm JOBLESS.Hahaha.Malu dow.So aku duduk rumah je lah sepangjang aku "tanam anggur" ni.

Bukannya ku tak nak kerja or tak pernah kerja.I pernah kerja okay sebelum ni.Tapi i quit.Kat mana aku kerja?Tak payah tanya.Biarlah rahsia.Hahaha.Kenapa berhenti?Maybe aku tak sesuai kerja kat situ.heeee.So dah bermacam-macam kerja aku try apply.Dari online sampai lah orang rekemen.Tapi tak ada satu pun yang melekat.Adoiii!

Minggu ni je 2 interview aku pergi kat Jalan P.Ramlee.Tapi dua2 tak dapat(i guess so).Sebabnya?Serius kot aku tak tahu.Tapi petang tadi my friend ada call talk about this,Ila.Rupanya dua2 kerja yang apply tu sebenarnya under same company!Serius aku tak tahu!!So dorang tolak aku.Surpose aku dah dapat dah 1 job tu.Tapi kena second interview dengan HR.Tapi yang aku ni pulak esoknye terus pergi interview kat HR untuk job lain.Dah tunggang terbalik dah.Hahaha.Macam mana Ila tahu?Ila kenal dengan orang yang interview aku untuk first job tu.Then orang tu pun cakap lah kat Ila kenapa aku pergi interview kat HR untuk job lain pulak?Mengamuk Ila.Sebab orang tu punya cara cakap macam so-so sikit kan.Lagipun aku tak mintak pun first job tu.Orang tu yang suruh aku apply.Second job tu aku mintak online."JOBSTREET lah kata kan"hahaha.

At the end,aku tanya kakak aku je ada kosong tak kat tempat kerja dia.Nasib baik aku tanya,ada kosong.Tapi kerja biasa2 je lah.Aku tak kisah,Janji ada kerja.Tak ada lah aku duduk rumah ni je.Atleast ada lah jugak income aku kan.hehe.So hari Isnin ni baru interview,pukul 4 petang.Kita tunggu ye.Dapat ke tak aku job ni.Kalau tak dapat aku tunggu orang masuk pinang aku je lah.Huahaua.Kau ingat kau artis?!!hahaha.

So apa lagi aktiviti aku?Itu aje lah yang ada untuk aku story kat sini.Esok2 aku story lagi ye..

Bye,
Yana >_<
23 Febuary 2012,Thursday,1 Rabiul Akhir 1433.

Wednesday, February 22, 2012

New design

Salam semua.Harap semua baik-baik belaka.Sekali lagi dah lama tak update blog saya ni.Sebabnya saya agak PEMALAS ye nak update.Hehehe.Lagi pun kehidupan saya kebelakangan ni agak tak menarik untuk ditulis.Kenapa tak menarik?Sebabnya agak segan sikit nak cerita.Tak apa,next time je la story.Kang lari tajuk.Title new design kan.Hehehe.Apa yang new?Design blog ni lah!Saya dah buat baru.Tak perasan?Sebab anda-anda semua tak tengok blog sebelum nye punn kan?Heeee.Sebelum ni agak pemalas kan.So cuma guna colour black and white je.tak ada design langsung.So,itu lah ceritanya sebenarnya.THE END.

Next time saya update lagi.hehehe...>_<